KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang berada dalam Kerajaan Perpaduan sedang fokus mengembalikan negara ini ke landasan yang tepat.
Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, ini termasuk usaha untuk memulihkan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Ia bagi memastikan negara ini kembali ke era kegemilangan, katanya.
"Jika kita terus berpolitik, maka negara akan ketinggalan,” katanya semasa Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Petra Jaya, di sini.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang serta pemimpin negeri lain menghadiri rumah terbuka itu.
Fadillah dalam pada itu, menolak satu laporan media berhubung
ada pihak berusaha mendekati GPS dan menyifatkan
laporan itu tidak boleh dipercayai.
"Saya tidak didekati, tiada siapa mendekati kami, sekarang kami (GPS) hanya fokuskan kerja," tambahnya.
Sumber dari : Jiwa Bakti